Tuesday, September 28, 2010

tekabertekiku

1)    burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk?
2)    gajah lalu titi patah, lepas tu kambing pula lalu. apa yang patah pulak?
3)    lima pasang stokin direndam di dalam laut merah. setiap pasang stokin itu berwarna putih, hijau, biru, kuning dan hitam. apa akan terjadi kepada semua stokin tersebut?
4)    dalam banyak-banyak cecair, cecair apakah yang akan menjadi beku apabila dipanaskan?
5)    dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang makan tepinya sahaja? tengahnya tidak dimakan

6)    apa tiga jenis buah yang terselamat dalam kebakaran disebuah kedai?
7)    apabila ditarik yang diatas gembira dan yang di bawah merana. apakah ia
8)    aku berjalan di tepi pantai, diatas pasir tanpa mencecah air. bila ku toleh kebelakang, tiada kesan tapak kakiku. kenapa?
9)    seekor lembu menghadap utara, kemudian pusing kekanan 180 darjah, kemudian 270 darjah kekiri. kearah mana lembu itu menghadap sekarang
10)    bila loceng bas ditekan, bas akan berhenti. apa yang akan turun dahulu?
11)    apa bezanya jatuh pokok kelapa dengan jatuh perigi?

12)    kenapa doktor bedah kalau melakukan pembedahan mulutnya ditutup ?
13)    kenapa mayat dibungkus kain putih?
14)    bila gajah jadi ayam, lalu singa jadi ayam,dan kambing jadi ayam. maka ayam menjadi apa?.
15)    panjang mana ekor tikus dengan ekor kuda?
16)    kenapa di tepi rel keretaapi ditaruh batu kerikil?

17)    lampu apa yang kalau dipecahkan keluar orangnya?.
18)    kalau ditutup dia akan mengintai,tapi kalau dibuka dia akan marah-marah?
19)    ada satu benda, kita berdiri dia baring, kita baring dia berdiri tapi bila kita jalan dia pun ikut sama. nak tinggal tak boleh pulak tu.
20)    mengapa guru sejarah selalu botak di bahagian belakang kepala, sdangkan profesor dibahagian depan?
21)    apakah benar kita bakal sial jika jumpa dengan kucing hitam?

22)    kenapa kecantikan lebih penting bagi seorang perempuan dibandingkan dengan kepintarannya?
23)    kalau manusia panjat pokok nampak bukit, kalau kura-kura panjat pokok nampak apa?
24)    apakah yang berada diantara langit dan bumi?
25)    apakah benda bertali  yang apabila kita pegang, ia akan mati, tetapi bila dilepaskan ia akan hidup, namun akan mati juga bila dibiarkan lama-lama?
26)    apabila suami dapat, maka isterinya pun dapat sama, tetapi bila si isteri yang dapat, si suami tak mendapat sama. apakah itu?

27)    . jika sebatang pokok dipotong akan menjadi semakin rendah, apakah bendanya yang semakin dipotong semakin menjadi tinggi?
28)    tulang seperti ikan, jinjang seperti zirafah. kadang di atas, kadang di bawah. kalau salah kedudukan boleh kabur pandangan, kurang pendengaran.betul, gambar pun kabur, suara pun tak ada....
29)    . bila makan pisang, buang kulit, tapi kalau makan kulit, buang apa?
30)    . batang apa berlubang-lubang, tirus di atas di bawah kembang, terkadang tegak terkadang tumbang, celaka benar kalau ditebang
31)    . pak a ada sebuah ladang, tetapi dia nak tanam 2 jenis pokok iaitu getah dengan koko. untuk memenuhi cita-citanya dia pun tanamlah pokok getah separuh dan pokok koko separuh, soalannya pokok apa tumbuh dulu?

32)    . ada seorang wanita yang sarat mengandung dan nak bersalin, lalu suami dia bawa isteri tu ke hospital. dia melalui ladang kopi dan lombong bijih timah. lepas anak dia lahir, dinamakan fatimah. kenapa ?
33)    .  negara apa yang banjir dulu lepas tu baru hujan?
34)    . kalau kancil dengan rusa berlaga, siapa yang akan mati?
35)    .  kenapa ayam lepas minum dia dongakkan kepala.kalau makan tak pulak?
36)    . mula-mula aku buka baju, lepas tu aku sapu bedak, setelah badanku disapu bedak, aku pun terjun kedalam tasik. lalu aku mandi. setelah selesai mandi, aku pun naik dari tasik. siapakah aku?

37)    . haiwan apakah perutnya di kepala, kakinya dikepala,bahkan mata dan mulutnya juga di kepala?
38)    . apakah hidupan yang masa kecilnya berkaki 4, bila besar berkaki 2 kaki dan bila tua pula berkaki 3?
39)    . apakah haiwan yang berkaki 3
40)    . kenapa kebanyakkan motosikal namanya yamaha?
41)    apa perbezaan antara orang kurus dan orang gemuk?   

42)    . haiwan apakah yang paling tidak sopan?
43)      kenapa koboi mexico kalau berjalan sering membawa gitar?
44)     seorang lelaki memakai pakaian  serba hitam, seluar hitam, kasut hitam, sarung kaki hitam, sarung tangan hitam, dan kacamata hitam. ia berjalan di sebuah lorong hitam. seluruh lampu di lorong itu padam. kemudian,sebuah kenderaan berwarna hitam dengan lampu yang juga padam meluncur memasuki lorong. namun tepat di depan lelaki itu kenderaan berhenti. bagaimana mungkin pemandu kenderaan itu boleh melihat lelaki serba hitam itu?
45)    . badannya keras tapi kurus, tidak mempunyai tangan dan berkepala hitam, apa tu?

46)     ada sebuah laut besar, dekat laut ada kapal besar, dalam kapal besar ada rumah besar, dalam rumah besar ada orang besar, antara bebanyak ni apa paling besar?
47)    .apa yang terjadi jika graham bell tidak menciptakan telefon?
48)     10 ekor burung sedang terbang, tiba-tiba berdentum guruh dengan kuat. 6 ekor burung terus terbang tanpa masaalah,namun 4 ekor burung telah jatuh kebumi. soalannya: kenapa 4 ekor burung itu jatuh kebumi?
49)     binatang apakah yang paling kaya didunia?
50)     ikan apakah yang separuh jawa dan separuh inggeris?

51)     apa orang islam arab kata jika: 1- seorang pekerja jatuh bangunan lalu mati... 2- seorang wanita berlari keliling padang tanpa seurat benang... 3- gaji anda akan dinaikkan 30% bulan depan
52)    Terbang tinggi si burung helang
Hinggap di atas pohon meranti
Anak ramai ibunya seorang,
Bila bergesel berapi-rapi?

53)    Ada tubuh ada tangan,
Tiada kepala tiada kaki;
Sangat berguna waktu hujan,
Apakah dia yang dimaksudkan ini.

54)    Buah budi bidara mengkal
Masak sebiji di tepi pantai
Hilang budi bicara akal
Buah apa tidak bertangkai?

55)    Budak-budak ramai di pekan
Hari raya membakar petas
Kalau adik pandai kiasan
Apakah buah gugur ke atas?

56)    Tinggi duduk di atas sekali,
Bukan bulan bukan matahari;
Bila malam ia berseri,
Bila siang ia berganti.

57)    Tarik pukat dari pangkalan,
Gula Melaka dibuat inti;
Bila diikat ia berjalan,
Bila dibuka ia berhenti?

58)    Cik Limah bersama anak lelaki
Duduk makan keropok lekor
Yang mengejar tidak berkaki,
Yang dikejar tiada berekor?

59)    Pergi umrah setiap tahun,
Moga sentiasa murah rezeki
Dalam batang ada daun,
Dalam daun ada isi?

60)    Bila kecil boleh ditiup,
Sudah besar janganlah lagi,
Kalau tercucuk ia meletup,
Kalau terlepas terbangnya tinggi.

61)    Mulut manis hati nak baik,
Itulah amalan turun temurun;
Benda apa yang akan naik,
Apabila saja hujan turun.

62)    Walau dibungkus bukan kiriman,
Sudah takdir tuhan yang satu,
Meski ditanam bukan tanaman,
Cubalah teka apakah itu?

63)    Hidup aman di dalam kota,
Ada pemimpin bernama raja;
Buruh-buruh rajin bekerja,
Askar bertugas setiap masa.

64)    .: bila di padang orang kejar,bila di kedai orang beli,tapi bila main orang geram kalau x dapat,apadia?
65)    .: kalau lembu hilang kita cari,kalau kerbau hilang apa pula?
66)    .: haiwan naik kereta, manusia naik pe?

67)    : rumah apakah yang mengggunakan banyak air..?
68)    .: banyak-banyak mate,mate apekah yang tajam.........
69)    .: 44342 - Kalau terer try nombor ni untuk ape?
70)    .: kat mne kalu kite jerit owg xakan dgr??
71)    .: apa persamaan gitar dengan ikan??

72)    .: ekor sape plig panjang? kuda ke tikus
73)    : Dalam banyak-banyak kotak, kotak pe yang berdosa?
74)    .: Mengapa guru sejarah selalu botak di bahagian belakang kepala, sedangkan profesor dibahagian depan?
75)    .: benda apa yang boleh pegang tapi tak boleh gigit
76)    .Soalan: dipetik bukan buah dikendong bukan anak

77)    .Soalan: dlm banyak2 benda,bende ap yg yg kte nmpk dia serupa
78)    .Soalan: gajah pnjat bangunan KLCC, pecah ape?slmat b'fikir...
79)    .Soalan: apakah yang naik tidak boleh turun
80)    .Soalan: ular mati hisap rokok
81)    .Soalan: bnda ape yang kite beli arini, arini gak la trikh luput die..

82)    .Soalan:ayah wawa ada empat orang anak yang pertama nana,ke dua nini,yang ke tiga nani,sipa yang ke empat
83)    .Soalan:Pokok atas buah,buah atas pokok
84)    .Soalan: air apa yang paling berani sekali?
85)    .Soalan: antara banyak - banyak pokok. pokok ape klau kita nampak kita lari.
86)    .Soalan: pergi terbang balik berenang

87)    .Soalan:dalam banyak2 bean, bean ape yang hidung panjang?
88)    .Soalan: dalam bnyk2 haiwan,haiwan pe yang jap2 wane itam n jap2 wane putih?
89)    Soalan: banyak2 buah,buah ape yg kte nk mkn kte kene langkah.???
90)    Soalan: ade sebuah titi. gajah lalu titi patah. kalau kambing lalu apa yang patah..
91)    Soalan: de tangan,de bdn tapi xdak kepala..pe dia..???

92)    Soalan: MANDI ATAS BATU,TIDUR DLM SARUNG
93)    Soalan: antare 1 kg kapas dengan 1 kg besi mne lgi berat?
94)    Soalan: undertaker naik moto....the rock naik per
95)    Soalan:antare 1 kg kapas dengan 1 kg besi mne lgi berat?
96)    Soalan: bende ape yg ade muke dgn tlinge jer..tp x ade idung,mata mulut kaki tgn n lain2..

97)    Soalan: Waktu kecil kaki empat, bila besar kaki dua.. apakah ia ??
98)    Soalan:pokok apa paling berani sekali didunia
99)    Soalan: ali bin abu ,kambing bin apa???????
100)    Soalan:monyet makan pisang,ujian makan aper?
101)    Soalan: ketika besar dia hitam,ketika besar dia putih.apakah ia??

102)    Soalan: 3 org adik-beradik sdg brmain kejar2. Tp knp, smpi skrg x dpt tgkp salah sorang?!?!?!? Dari pagi, sampai mlm...
103)    Soalan: kowang yg ngah bace nie , ngan cicak mane lg kuat... jawabler...
104)    :Sukan apa menang daripada belakang?
105)    :Apa ikan yang sampai dahulu di perairan malaysia...
106)    : Kenapa penggali kubur menggali kubur tak pakai kasut

107)    : Kalau lebar sukar keluar, tetapi senang keluar bila sempat, apakah itu?
108)    : Apa warna gigi bayi yang dilahirkan ibunya orang putih dan bapanya orang hitam?
109)    : Kenderaan apa pemandunya ramai manakala penumpangnya seorang saja
110)    : Benda apa sekejap dia hitam sekejap dia putih sekejap hitam sekejap dia putih?

111)    :Kenapa hujan turun tak pakai tangga?
112)    : Benda apa, bila kite lupa, kita bawak, bila kite ingat, kita tinggal?
113)    : Buah apa, kita kena makan dulu, baru boleh ambil?
114)    : Kenapa siput babi jalan lambat?
115)    : Goreng pisang ada dua puluh, diambil sebelas , tinggal berapa?

116)    : Kecil, putih,tapi kalau dipukul dapat membangunkan orang sekampung
117)    :sebuah lori telah membawa 15 ekor kambing untuk dihantar kepada pelanggannya. Namun apabila sampai di sebuah persimpangan. lori itu telah membrek dengan mengejut dan menyebabkan 5ekor kambing itu melompat. Kemudian sampai di sebuah selekoh 10 ekor kambing telah melompat lagi. Akhirnya berapa ekor kambingkah yang telah tinggal.
118)    : Dalam banyak-banyak buah, buah apakah bila ditanya menimbulkan persoalan..
119)    :Ia memakai topi kuning, tapi bukan arkitek, memakai uniform putih tapi bukan doktor. Ia ada ekor tapi ia bukan binatang. Apakah dia?
120)    :Jika kapal terbang masuk gua, apa yang keluar???

121)    BULU BERTEMU BULU KULIT BERTEMU KULIT MAKIN TAMBAH RAPAT MAKIN NIKMAT RASANYER
122)    3 KEPALA, 6 MATA, 8 KAKI. APAKAH BENDANYA TU?
123)    MASA DIA HIDUP KITA MENYANYI, MASA DIA MATI KITA TEPUK TANGAN.
124)    SCORPION KALER APA
125)    DALAM BANYAK2 KERA, KERA APE YANG PANDAI MENAIP???

126)    ADA SORANG IMAM, TENGAH SEMAHYANG PASTU ADA SEKOR ANJINGLALU KAT DEPAN DIA. PASTU DIA JILAT KAKI DIA, BATAL TAK AIR SEMAYANGIMAM TU?
127)    4 ORANG AWEK CUN BERPAYUNG DENGAN SATU PAYUNG TPI NAPE TAK BASAH LANGSUNG??
128)    YG NIH.. JANGAN PIKIR BUKAN2 PLAK EK
129)    JILAT-JILAT BILA DAH BASAH BARU CUCUK,
130)    JILAT-JILAT BILA DAH BASAH BARU CUCUk

131)    BANYAK-BANYAK BAS, BAS APA YANG PANDAI?
132)    BANYAK-BANYAK MI, MI APA YANG BOLEH MAKAN NGAN AIS?
133)    KENAPA ANJING KENCING ANGKAT SEBELAH KAK
134)    APA BINATANG, BADAN KECIK MACAM SEMUT TAPI MATA BESAR "BULB" MENTOL
135)    MANA LAGI TUA, MOTORSIKAL KE KERETa?



1)    jawapan: penguin
2)    jawapan: patah balik laaa, benggang pasal titi tu dah patah
3)    jawapan: stokin tu basah lah....
4)    jawapan: telur
5)    jawapan: kuih donut

6)    jawapan: buah keranji sebab dalam perahu, pisang emas sebab dibawa belayar dan buah cempedak sebab diluar pagar.(berdasarkan pantun melayu)
7)    jawapan: pengail yang dapat ikan.
8)    jawapan: aku berjalan secara mengundur!
9)    jawapan: kebawah! ia masih tetap menghadap ke bawah dan memakan rumput.
10)    jawapan: spedometer bas lah..

11)    jawapan: jatuh pokok kelapa, naik dulu baru jatuh, jatuh perigi jatuh dulu baru naik.
12)    jawapan: kalau matanya yang ditutup, dia tak dapat melihat!
13)    jawapan: kalau dibungkus dengan kain hitam , siapa takut!!!!
14)    jawapan: ayam jadi banyaklah bilangannya
15)    jawapan: panjang ekor tikus, karena tikus kalau berjalan ekornya menyentuh tanah

16)    jawapan: kerana kalau ditaruh pisang goreng pasti jadi rebutan.
17)    jawapan: lampu jiran tetangga kita. cobalah pecahkan, nanti akan keluar orangnya
18)    jawapan: orang naik beca semasa hujan
19)    jawapan: tapak kaki kitalah.
20)    jawapan: kerana guru sejarah memikirkan masa lampau,sedang profesor memikir untuk masa depan.


21)    jawapan: ia bergantung kepada kedudukan anda samaada anda manusia atau tikus!
22)    jawapan: sebab lelaki yang bodoh jumlahnya lebih banyak dibandingkan lelaki yang buta.
23)    jawapan: nampak pembohongnya, sebab kura-kura mana boleh panjat pokok.
24)    jawapan: mungkin ada banyak jawapan, tapi kat sini jawapan yang dikehendaki adalah "dan"
25)    jawapan: gasing! tak kiralah gasing cina ke gasing melayu ke semuanya sama.


26)    jawapan: gelaran dato, bila suami mendapat gelaran dato, isteri akan dapat gelaran datin, tetapi bila isteri mendapat gelaran dato, suami tidak mendapat sama.
27)    jawapan:seluar panjang. bila dipotong ianya akan semakin tinggi.
28)    jawapan: antena tv. kadang orang pasang kat atas bumbung, kadang pacak jer kat tanah, kalau kedudukan tak
29)    jawapan: buang tebiat
30)    jawapan: batang hidung engkaulah!


31)    jawapan: dua-dua tak tumbuh, sebab dia tanam separuh je. hehehe!!
32)    jawapan: sebab anak dia tu perempuan
33)    jawapan: bahrain - bah tu banjir, 'rain' tu hujan..
34)    jawapan: pemandunya lah yang mati...... kalau kereta kancil dengan rusa berlanggar....mati lah orang tu, kan-kan?
35)    jawapan: sebab dia fikir nak buang air kecil tak boleh-boleh.


36)    jawapan: pisang goreng
37)    jawapan: kutu ler...sebab memang dok kat kepala orang!
38)    jawapan: manusia! semasa kecil merangkak, bila besar berjalan dengan dua kaki dan bila tua bertongkat.
39)    jawapan: kuda cacat. kalau tak cacat pasti kakinya 4.
40)    jawapan: kerana yang menciptanya orang jepun. kalau arab yang cipta mungkin namanya yamahmud.


41)    jawapan: orang kurus makan hati, orang gemuk makan tempat.
42)    jawapan: kutu, kerana sering memijak-mijak kepala orang.
43)    jawapan: takkan nak bawak piano pulak! besar tuh!
44)    jawapan: waktu itu adalah siang hari bukannya malam!
45)    jawapan: anak mancis daaa.


46)    jawapan: orang tu le penipu besar, mana ada rumah dalam  kapal... ha...ha...ha..
47)    jawapan: perjalanan anda tidak akan terganggu oleh kerja-kerja menggali jalan oleh telekom
48)    jawapan: kerana 4 ekor burung itu menutup telinga dengan kepaknya dan menyebabkan ia tidak dapat terbang seperti biasa.
49)    jawapan: beruang (sebab binatang ni ber wang)
50)    jawapan: ikan belukang kerana "blue" adalah perkataan inggeris, "kang" adalah perkataan jawa



51)    jawapan: mereka akan kata. 1-inna lillahi wa ina ilahi roo jiuun. 2- astagh firullah hal azim. 3- alhamdulillah
52)    : Mancis
53)    : Baju Hujan
54)    : Buah Hati
55)    : Buah Melaka



56)    : Bintang
57)    : Kasut Bertali
58)    : Lemang
59)    : Ular Dan Katak
60)    : Belon



61)    : Payung
62)    : Mayat
63)    : Anai-anai/Semut
64)    Jawapan: bola..;
65)    Jawapan: cari la apa lagi....hah


66)    Jawapan: rumah yang terbakar..hahaha
67)    Jawapan: naik angin lah..
68)    Jawapan: mate jarum
69)    Jawapan: 4-Zohor 4-Asar 3-Maghrib 4-Ishak 2-Subuh
70)    Jawapan: kat dlm hati laa



71)    Jawapan: goreng pon sodap..
72)    Jawapan: tikus,jejak ke tanah
73)    Jawapan: ko tak sembahyang.hehe gi cpt mayg

74)    Jawapan: Kerana guru sejarah memikirkan masa lampau,sedang profesor memikir untuk masa depan.
75)    Jawapan: telinga
76)    : gitar
77)    Jawapan Jawapan: cermin
78)    Jawapan: pecah rekod.larhh
79)    Jawapan: umur

80)    Jawapan: ubat nyamuk
81)    Jawapan: srat khabar
82)    Jawapan: wawa
83)    Jawapan:nenas
84)    Jawapan: air terjun
85)    Jawapan: pokok nk tumbang lah hahahaha!!!

86)    Jawapan:: pancing
87)    jawapan:mr.bean lah.....
88)    Jawapan: penguin yang bergolek
89)    Jawapan: buah dam
90)    Jawapan: patah balik lar dah titi patah
91)    Jawapan: baju r..haha


92)    Jawapan:due2 sme brat sbb due2 1kg..
93)    Jawapan: PARANG
94)    Jawapan: naik kening...hahaha
95)    Jawapan: due2 sme brat sbb due2 1kg..
96)    Jawapan: kuali
97)    Jawapan: manusia


98)    Jawapan: pokok pisang sbb dia berani keluarkan jantung nya
99)    Jawapan: kambing BINATANG
100)    Jawapan: masa
101)    Jawapan: michael jackson
102)    Jawapan: Kipas laa...
103)    Jawapan: cicaklah cauze dier tahan dinding...:)


104)    Jawapan: Tarik Tali
105)    Jawapan: Kepala ikanlah takkan ekor pulak..
106)    Jawapan: Yelah penggali kubur gali kubur pakai cangkul kalau gali pakai kasut sampai setahun pon tak siap gali....
107)    Jawapan: Mulut orang meludah
108)    Jawapan: Bayi mana ada gigi ada cuma ada gusi saja.


109)    Jawapan: Pengusung keranda mayat. Tukang usung ramai yang mati dalam keranda sorang jer
110)    Jawapan: Peguin yang jatuh tergolek-golek.
111)    Jawapan: Sebab nak cepat turun kalau pakai tangga akan jadi lambat.
112)    Jawapan: Kemuncup
113)    Jawapan: Buah dam.. kita kena makan buah dam lawan kita, baru boleh ambil buah dam dari pihak lawan... :)


114)    Jawapan: Sebab sambil berjalan, dia asyik fkir dia tu siput ke babi..’
115)    Jawapan:  Tetap dua puluh sebab hanya diambil , tidak dimakan
116)    Jawapan: Sebutir nasi terlekat di beduk atau kentongan
117)    Jawapan: 15 ekor lah sebab kambing itu cuma melompat je bukan melompat kuar pun.
118)    Jawapan: Tembikai
Mesti orang tanya kenapa tembikai... Haa....tengok, kan dah menimbulkan persoalan (x kisah nak jwb buah apa pun)




119)    Jawapan: Taugeh
120)    Jawapan: Keluar surat khabar lerrr
121)    KOBOI NAIK KUDA BAWAK AYAM.
HAAH.. MULALAH OTAK KUNING, MATA LAH JAWAPAN NYER..!
122)    LILIN MASA SAMBUT EPI BESDAY
123)    KALA JENGKING LAH.. SENANG PUN TAKLEH NAK JAWAB!



124)    KERANI
125)    MANA BATAL SEBAB ANJING TU JILAT KAKI DIA SENDIRI!
126)    SEBAB TAK HUJAN ADUHAI! DAHLAH MALASLAH NAK TANYA LAGI SOALAN BEBUDAK PUN TAk
127)    LEH NAK JAWAB!!
128)    MASUKKAN BENANG DLM LUBANG JARUM


129)    BUS SKOLAH LAH... THE ONLY BUS YNG PERGI SKOLAH
130)    MILO AIs
131)    SBB KALAU ANGKAT DUA KAKI JATUH LAH.. HAHAHAHHA
132)    SEMUT BERMATE BENGKAK HAHAHAHHA
133)    MOTOSIKAL SBB DIA PAKAI TONGKAT

No comments:

Post a Comment